Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Taman Negara, Pahang, Malaysia. Kuala Gandah menjadi tarikan pelancong kerana adanya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Ketua Unit Gajah pusat itu, Nasharuddin Othman menyatakan kebanyakan pelancong asing datang dari Australia, United Kingdom, New Zealand, Jepun dan Jerman. Pelancong berpeluang menunggang, memberi makan dan memandikan gajah di sungai.
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah berdekatan dengan Hutan Simpanan Hidupan Liar Krau. Jabatan Hidupan Liar dan dan Taman Negara menubuhkan pusat itu pada 1985. Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah berumur 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.
Pelawat yang inginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.
Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.
Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia demi pemeliharaan dan pemuliharaan spesies gajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan