Muzium Tekstil dan Busana Sarawak
yang akan dibuka kepada orang ramai dalam bulan Ogos 2000 akan ditempatkan di Bangunan Pavalion Bandaraya Kuching. Senibina bangunan adalah campuran Renaissance Inggeris dan Penjajah British . Rekabentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai dua tangga yang diperbuat daripada kayu menuju ke tingkat atas dengan birainya (balustrades) dihiasi dengan ukiran yang menarik.
Ia telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium ini akan dibuka kepada orang ramai dalam bulan Ogos 2000.
Muzium tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh masyarakat bumiputera dan masyarakat pendatang Sarawak. Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket masyarakat Melayu adalah contoh tekstil tempatan yang dikenali oleh masyarakat antarabangsa.
Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari menyedia benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan bahan pameran selain dari 'touch on' media yang disediakan.
Di penghujung pameran akan mempamerkan pelbagai pakaian masyarakat tempatan.
Masa Lawatan : Isnin hingga Jumaat
9:00 pagi hingga 4:30 petang
Masuk adalah percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan