Isnin, 20 Jun 2011

Gunung Kinabalu (Sabah)




Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 m dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu ialah antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Bentuk lanskap Gunung Kinabalu menjadi inspirasi semua pendaki dari seluruh negara untuk mendaki gunung ini.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan