Kampung Budaya Sarawak
Dalam melawat perkampungan ini, anda bagai suidah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, tempat ini digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosiobudaya etnik kaum. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawakmengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau orang Ulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan