Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang hanya terdapat di hutan rimba, iaitu 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan 400 spesies pokok kayu.
Hutan Sepilok dikelaskan sebagai hutan simpanan. Kegiatan memburu dan mpembalakan haram tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok diselenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Program pemeliharaan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat pelbagai jenis spesies monyet yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Haiwan lain yang dilindungi adalah seperti kelawar, kera, beruang, kucing hutan dan juga buaya yang dapat hidup bebas di pusat pemeliharaaan dan pemuliharaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan