Isnin, 27 Jun 2011

Bangunan Stadthuys (Melaka)


'Bangunan Stadthuys' atau dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan LaksamanaMelakaMalaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus.
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan, pada abad ke-19 ketika zaman pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan kepentingan mewujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua "Malacca Free School" yang pertama ialah Encik T.H. Moore.
Tidak lama kemudian, bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa MelayuBahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.
Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan EtnografiGaleri Laksamana Cheng HoMuzium SasteraMuzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.

Ahad, 26 Jun 2011

Masjid Ubudiah (Perak)

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala KangsarPerak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan seni bina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Masjid ini diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya,  batu marmar itu dimusnahkan. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Selepas batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira 22,000.00 USD.
Pada 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Masjid ini berbentuk "octagon" dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Bentuk dinding masjid ini memperlihaT sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.
Masjid Ubudiah

[sunting]

Gua Kota Gelanggi (Pahang)


Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di daerah Jerantut di negeri Pahang,Malaysia.Di dalam kompleks ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua TongkatGua AnginGua Batu SandingGua Kota BalaiGua Penyu, dan Gua Kelawar. Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.
Gua Kota Balai telah berlaku perubahan bentuk kerana suatu masa dahulu (sekitar 1970an) telah berlaku aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran untuk dijadikan baja tanaman. Nama Gua Tangga diambil sempena tangga besi yang ada di situ. Tangga itu telah dibina oleh pengusaha yang mengambil tahi kelawar pada masa itu.
Asal-usul gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio. Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang. Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang). Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh dihubungkan dengan negeri Pantai Timur iaitu Terengganu atau Kelantan atau Siam. Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai.
Gua Kota Gelanggi ini terletak berhampiran kampung Pulau Tawar iaitu tempat asal pahlawan Melayu Mat Kilau. Sebuah gugusan Felda yang berhampiran gua ini juga dinamakan Felda Gelanggi.
Keunikan gua ini telah menarik minat pengeluar filem Sumpah Semerah Padi untuk meSave Now
njadikannya sebagai lokasi penggambaran filem tersebut. Rangkaian gua-gua di sini agak terancam dengan adanya usaha-usaha pihak tertentu membuka kuari berhampirannya bagi mengambil batu-batan. Bandar paling hampir ialah Jerantut dan Bandar Jengka.
Go to fullsize imageGo to fullsize image

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau (Pahang)


Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Taman NegaraPahangMalaysia. Kuala Gandah menjadi tarikan pelancong kerana adanya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Ketua Unit Gajah pusat itu, Nasharuddin Othman menyatakan kebanyakan pelancong asing datang dari AustraliaUnited KingdomNew ZealandJepun dan Jerman. Pelancong berpeluang menunggang, memberi makan dan memandikan gajah di sungai.
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah berdekatan dengan Hutan Simpanan Hidupan Liar Krau. Jabatan Hidupan Liar dan dan Taman Negara menubuhkan pusat itu pada 1985. Terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah berumur 70 tahun bernama Mek Bunga dan Lokimala. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.
Pelawat yang inginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.
Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.
Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia demi pemeliharaan dan pemuliharaan spesies gajah.


Pulau Tioman (Pahang)


Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dalam kalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri JohorPulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari MersingJohorMersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung GemokKuala Rompin di Pahang.
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang ekor naga. Pada zaman dahulu , sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Semasa perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman. Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.

Taman Rekreasi Gua Kelam (Perlis)


Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki BukitGua Kelam dinamakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelancong tempatan dan pelancong asing.
Taman rekreasi ini terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”).
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

Hutan Lipur Bukit Ayer (Perlis)


Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan hutan ini sebagai satu lokasi ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.
Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari bandar Kangar.
Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.
Di sini juga dikhaskan sebuah kolam mandi untuk kanak-kanak. Tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok rehat.
Go to fullsize image

Pulau Dayang Bunting (Kedah)


Pulau Dayang Bunting ialah pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang mempunyai luas 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya jernih dan menimbulkan panorama yang menggamit hati pelancong.

Dataran Helang (Kedah)


Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ini merupakan ikon helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang menggagumkan bagi para pelancong sedia untuk melancong di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh mengasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.

Makam Mahsuri (Kedah)


Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau LangkawiKedah. Makam ini terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu,  dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.Tempat ini terkenal dengan sejarah Mahsuri yang sangat istimewa bagi pelancong tempatan dan pelancong asing.Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, PhuketThailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.
Go to fullsize image

Taman Negara Bako (Sarawak)

Taman Negara Bako
Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri binatang-binatang liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesies tanaman bunga, termasuk 49 spesies orkid serta spesis haiwan dan spesies burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.



Go to fullsize imageGo to fullsize image

Kuching Waterfront (Sarawak)

Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak bermakna jika tidak singgah ke sini. Tempat ini merupakan antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta menyaksikan aliran air sungai yang bersih . Tambahan pula, Kuching Waterfront juga merupakan tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk berriadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraftangan istimewa di Sarawak yang boleh anda beli dan hadiahkan kepada orang tersayang.
Go to fullsize image

Sabtu, 25 Jun 2011

Kampung Budaya Sarawak (Sarawak)

Kampung Budaya Sarawak
Dalam melawat perkampungan ini, anda bagai suidah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, tempat ini digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosiobudaya etnik kaum. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawakmengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau orang Ulu.



View Image

Taman Perikanan Jaya (Sabah)


Taman Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi pengalaman memancing ikan-ikan segar terus dari kolam ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat beristirahat di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu atau hari cuti. Masa pembukaan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 2.00 dan kanak-kanak RM1.00 manakala bayaran untuk manancing ikan ialah RM 5.00 seorang termasuk bayaran tiket masuk dan sewaan peralatan memancing. Terdapat pelbagai ikan untuk dipancing, antaranya ialah ikan kurapu, ikan merah, tilapia, patin dan kuratang. Ikan-ikan yang di pancing akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan beratnya.

Pulau Berhala (Sabah)

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Keunikan di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak flora tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal. 

Rabu, 22 Jun 2011

Hutan Simpanan Sepilok (Sabah)

Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Di Sandakan terletaknya Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah yang merupakan habitat terbesar untuk spesies orang utan. Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,294 hektar.
Di dalam hutan simpan ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang hanya terdapat di hutan rimba, iaitu 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan 400 spesies pokok kayu.
Hutan Sepilok dikelaskan sebagai hutan simpanan. Kegiatan memburu dan mpembalakan haram tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok diselenggara oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Program pemeliharaan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semula jadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat pelbagai jenis spesies monyet yang jarang ditemui ini di habitat asalnya. Haiwan lain yang dilindungi adalah seperti kelawar, kera, beruang, kucing hutan dan juga buaya yang dapat hidup bebas di pusat pemeliharaaan dan pemuliharaan ini.