•Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa. Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.
•Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
•9 orang penari
•5 orang pemain muzik
•2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
•9 - 15 orang penjaga kawasan.
•Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.
•Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:
•sekurang-kurang sembilan kuda
• Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
• Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan