Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.
Batu Caves adalah satu daripada destinasi pelancongan Malaysia yang termasyur terutamanya untuk Perayaan Thaipusam. Ini memikat sebanyak lapan ratus ribu penganut dan pelancong. Yang menarik adalah dapat menengok pemuja-pemuja di dalam keadaan bersawai sambil mengendong kavadi, suatu rangka logam melampir di atas tubuh badan.
Meninggi di kira-kira 100 meter di atas bumi, Batu Caves sebenarnya terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa yang lebih kecil dalam saiznya. Yang terbesar, dipanggil Gua Tokong (Temple Cave), mengandungi satu siling setinggi seratus meter dan peninggalan mengenai agama Hindu yang menjadi tarikan. Untuk mencapainya, pelancong dikehendak mendaki sejumlah 273 anak tangga yang curam.
Di bawah Gua Tokong adalah Gua Kelam (Darknesses Cave), dengan formasi batu-batan yang tidak dapat dicari di tempat lain. Stalaktit yang menganjur dari siling gua dan stalagmit yang terbit dari tanahnya membentuk pembentukan majmuk sepeti tirai gua, batu aliran, dan mutiara gua yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Persatuan Semula jadi Malaysia mengadakan pelawatan pengembaraan sambil belajar.
Satu lagi gua utama adalah Gua Seni (Art Gallery Cave) yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan dogengnya dipamerkan di sini. Perjalanan ke kemasukan adalah suatu pengalaman yang menyenangkan melalui tasik dan kolam-kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. Kavadi yang di bawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Thaipusam sebagai membayar nazar, atau tanda berterima kasih kepada Lord Subramania.
Batu Caves pada asalnya merupakan salah satu tempat berlindung orang asli dari suku Temuan yang mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tanggang.
Batu Caves kemudiannya diterokai pada tahun 1878 oleh pedagang India K. Thambusamy merupakan unjuran besar batu kapur, yang menyimpan beberapa peralatan suci bagi Lord Subramania. Di dalam gua ini keadaan adalah gelap, sejuk dan agak menakutkan, tetapi mempunyai pemandangan yang menakjubkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan