Bank Kerapu merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka, Kota Bharu,Kelantan. Pada tahun 1912, bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh "The Mercatile Bank of India Ltd". Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan. Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu.
Semasa Perang Dunia ke-II, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat mereka. Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Pada tahun 1977, nama bank tersebut bertukar kepada "The Hong kong & Shanghai Banking Corporation", dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Kedua di Kelantan.
Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan