Khamis, 14 Julai 2011

Dataran Merdeka (Selangor)

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam31 Ogos 1957.[1] Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysiasetiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British. Tiang bendera setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan kepingan bulat marmar hitam. Tiang ini terletak di bahagian selatan dataran.
Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada 1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan Kriket pada petang Ahad.Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang dibina pada 1890 jauh berbeza dengan bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan dataran.
Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan seperti mana di Iraq. Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.

Go to fullsize imageGo to fullsize image



Tiada ulasan:

Catat Ulasan