Sabtu, 18 Jun 2011

Tarian Ngajat



Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Biasanya, tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun. Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaun Iban yang merupakan 30 % daripada jumlah penduduk Sarawak dan etnik yang terbesar di negeri Sarawak yang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah, Ngajat “Ngemai antu pala”. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai, orang Iban sebelum berperang, dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu, tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. 

Ngajat Induk
Merupakan persembahan yang dipersembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat peribumi. Gerak tari yang dipersembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.

Ngajat Lesong
Merupakan tarian yang sipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ini hanya dibenarkan untuk ditarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil mengigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang ditunjukkan dalam persembahan tarian ini hanya sesuai dipersembahan oleh golongan lelaki sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan