Selasa, 21 Jun 2011

TARIAN LIMBAI


TARIAN LIMBAI & RUNSAI
(BAJAU KOTA BELUD)


Tahukah anda, tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau, Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembakan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan isitadat ijab qabul yakni pernikahan. Penari melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat.
Tarian Limbai juga sering dipersembahkan pada majlis keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut.
Muzik yang mengiringi persembahan Limbai ialah Tetawak. Tetawak turut dimainkan dalam persembahan muzik tradisional Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat. Ia turut mengiringi tarian Sumazau, Tingkad Tingkad Silat, persandingan dan beberapa lagi adat tradisional tertentu di Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan