Sabtu, 18 Jun 2011

Muzium Wilayah Baram



Muzium Wilayah Baram dibuka dengan rasminya dalam tahun 1997.

Muzium ini bertempat di Kubu Hose, yang terletak di atas puncak bukit yang menghala ke Sungai Baram dan dibina dalam tahun 1898.


Pada tahun 1994 kubu Hose telah diroboh dan dibina semula pada tapak dan mengikut rekabentuk yang sama, kemudian bangunan tersebut telah dirasmikan sebagai Muzium Wilayah Baram.

Barang pameran di dalam muzium ini terdiri daripada artifak-artifak kebudayaan kepunyaan pelbagai kumpulan etnik yang tinggal di kawasan tersebut. Kegiatan ekonomi dan aktiviti-aktiviti am kumpulan etnik tersebut juga ada dipamerkan.



Masa Lawatan : Selasa hingga Ahad
9.00 a.m. hingga 4.30 p.m
Masuk adalah Percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan